LDP SMK PAHI

Pahi Gemilang

eh eeh kenapa semua senyum jer tu. Apa yang lucu? Yang hujung tu serius je. Serius takpa. Jangan tension sudah..

Guru Lelaki begitu teruja sekali dengan ICT.. Cikgu roduan apa yang ditunjuk-tunjuk tuu? Cikgu Rafi & cikgu Azman control machoo jeee (tak faham ler tu)


Guru perempuan juga tidak mau ketinggalan - penuh konsentrasi

Penceramah tak asing lagi, Pn Zuriah 'ONENITA' (orang kuat ICT di JPN Kelantan)




Penulis telah menghadiri Kursus Pendedahan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) & Penyelaras ICT Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan (kumpulan 8) pada 6 Mei - 8 Mei 2008 (Selasa - Khamis) di Hotel Sri Malaysia, Marang Terengganu.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Bahagian ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Kursus ini telah dikendalikan oleh pegawai ICT di JPN & diketuai oleh En Yusuf (tel: 019-9319890).

Beberapa orang pegawai ICT telah bertindak sebagai penceramah & fasilitator.

PENGISIAN KURSUS:

1. Taklimat berkenaan LDP
2. Pendedahan Asas Laman Blog


TAKLIMAT LDP

Taklimat telah disampaikan oleh En Yusof (JPN Kelantan)

Antaranya mengenai:

1. Pelaksanaan LDP di peringkat sekolah masing-masing.
2. Peruntukan kewangan LDP
3. Taklimat Pengoperasian
4. Pembentukan AJK LDP
5. Pelantikan Penyelaras LDP (merangkap SU LDP)
6. Cadangan Latihan Kemajuan Staf Peringkat Sekolah
7. Kad Pelaporan (semua guru wajib ada - perlu dihantar ke JPN pada hujung tahun - untuk dimasukkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan)
8. Pelaporan Kewangan (perlu dihantar dengan e-mail ke JPN & PPD) sebelum 1 hb tiap-tiap bulan.

TINDAKAN SELEPAS KURSUS

1. Taklimat kepada semua guru di sekolah berkenaan LDP

2. Menghantar segera Pelaporan kewangan Bulanan LDP kepada JPN & PPD (PPDD masing-masing) - perlu dihantar setiap bulan walaupun tiada perbelanjaan / tiada kursus. Cara penghantaran adalah melalui e-mail (JPN - ict akademik@gmail.com) & PPD (ppdkkldp@gmail.com)

3. Perjanjian Program (Perancangan LDP - perlu ambil drp semua Ketua Panitia / Unit-unit tertentu - selaraskan dengan pihak pentadbir - hantar kepada JPN & PPD.

4. Borang Kepakaran Penyelaras LDP & semua guru


PENDEDAHAN ASAS LAMAN BLOG

Semua peserta yang hadir secara automatik dilantik sebagai Penyelaras LDP peringkat sekolah masing-masing. Penulis tengok ada juga beberapa orang guru yang hadir tersenyum sinis - mungkin tidak berapa setuju dengan tindakan lantikan secara automatik itu. Ini kerana penulis lihat ramai antara peserta yang hadir itu tidak berapa mahir dengan ICT.

Hasil bicara penulis dengan rakan-rakan guru yang hadir, ada antara mereka dihantar secara ad-hoc oleh pihak pentadbir sekolah masing-masing. Malah ada antara mereka 'tidak berapa mesra' dengan laptop. Tersenyum juga penulis melihat gelagat beberapa orang guru yang hadir.

Namun setelah berkursus selama lebih kurang 2 hari itu, akhirnya penulis dapati ramai peserta telah berjaya menghasilkan laman blog masing-masing, walaupun hanya blog yang simple saja (basic) (nota: peserta perlu meneroka sendiri ke arah menghasilkan blog yang menarik).

p/s - Bagi penulis, pendedahan laman blog ini sungguh baik & menarik sekali. Penulis begitu tertarik kerana penulis dapat tingkatkan lagi kemahiran penulis (penulis sebenarnya sudahpun memiliki laman blog sendiri).


URGENT DARI PENULIS:

Penulis berharap kursus ini dapat diadakan secara bersiri - semua penyelaras LDP perlu dipanggil berkursus lagi (mungkin kali ke-2 sudah mencukupi) - ke arah peningkatan rekabentuk & pengisian blog. Mungkin untuk kumpulan ini sahaja memandangkan line internet asyik terganggu je... (Sebenarnya penulis mempunyai banyak lagi soalan utk ditanya - mahu lebih canggih lagi..hee hee)

Walau bagaimanapun, TERIMA KASIH atas segala ilmu yang diberikan oleh semua penceramah / fasilitator kursus. Banyak ilmu yang telah penulis perolehi sepanjang berkursus.
Kursus sebegini patut dipuji dan diteruskan kerana menjadikan dunia pendidikan di negeri Kelantan bersifat lebih global - ke arah perkongsian ilmu tanpa sempadan.